SELAMAT DATANG KE BLOG REG264-Introduction to Information Technology

Blog ini direka khas untuk subject REG264 .Semua tugasan saya perlu dimasukkan ke dalamnya untuk penilaian oleh Wan Burhanuddin iaitu pensyarah untuk subject ini.

Search This Blog

Friday, April 23, 2010

Global Pulse 2010

0 comments



Global Pulse 2010 akan memberikan kesempatan untuk bersuara, berkongsi idea, dan mencipta penyelesaian inovatif bagi masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh komuniti global dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi, keusahawanan, dan pembangunan manusia. Ini adalah kesempatan unik untuk mempengaruhi perbualan global yang akan membina kerjasama tanpa batasan, menguatkan pemahaman antara budaya, dan menyatukan semua manusia dalam usaha untuk mencipta satu penyelesaian inovatif bagi masalah-masalah sosial yang melanda pada zaman ini.
kewujudannya dapat dijadikan sebagai satu platform kepada semua manusia untuk berkongsi idea dan menyuarankan pandangan terhadap masalah yang wujud.
Label : Vista Wall | supercar | accessories | car body design | office property | Anime | woman |

Sunday, April 18, 2010

Undang-Undang Siber

0 comments
Kemajuan dalam bidang ICT telah memberikan satu sumbangan yang besar dalam bidang komunikasi dunia.Menerusinya ,manusia dapat menyebarkan maklumat yang berguna dan ia dapat dijadikan satu platform kepada masyarakat dunia bagi mendapatkan pengetahuan .Namun begitu,kemajuannya membolehkan berjuta-juta laman web dibina yang mana bermacam-macam maklumat dapat disebarkan seperti berita,ideologi dan penemuan baru serta tidak kurang juga fitnah.walaubagaimanapun kesemuanya belum tentu benar untuk dipercayai.

Atas sebab tersebut,undang-undang saiber telah diwujudkan .Undang-undang siber menerangkan mengenai isu-isu undang-undang berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat antara rangkaian. Ia merupakan bidang undang-undang yang kurang ketara berbanding hartanah dan kontrak, disebabkan ia adalah satu domain yang merangkumi banyak kawasan undang-undang dan regulasi. Sesetengah topik penting mengenai undang-undang siber adalah hak cipta, privasi, kebebasan bersuara dan bidang kuasa.Ia amat penting bagi menangani masalah seperti Jenayah Saiber.Jenayah siber melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan jenayah.Aktiviti ini dilakukan melalui komputer dalam internet untuk mendapat keuntungan dengan menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap.Contohnya,sebahagian orang biasa menempah barang-barang melalui internet,ia mungkin ditipu oleh orang yang cuba menipu melalui internet. Sifat manusia yang tamak dan ingin mencari keuntungan dalam masa yang singkat merupakan salah satu punca berlakunya jenayah siber.
Malaysia telah mengambil satu pendekata dengan meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang seperti.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industry komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber).
Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3).
Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).

Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.
Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Saya sendiri ada menulis dalam Berita Harian mengenai perkara ini (Jika ia dapat disalin, saya akan pindahkan artikel itu dalam blog ini).

Akta Tandatangan Digital 1997.
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.

Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

Akta Hak Cipta (Pindaan).
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.
Label : Vista Wall | supercar | accessories | car body design | office property | Anime | woman |

HTML.........

0 comments

Teknologi ICT merupakan suatu benda yang telah memberi banyak manfaat kepada manusia.Berikutan itu pelbagai kemudahan telah disediakan didalam bidang ini seperti Blogger.Didalam blogger terdapat pelbagai komponen seperti Layout,Setting dan HTML.HTML memainkan peranan yang penting kepada sesebuah blogger dan laman web.
HTML adalah bahasa pengaturcaraan bagi membina sesebuah lama web. HTML adalah bahasa termudah dan asas kepada membangunkan laman web. Oleh tu pengetahuan asas dalam HTML akan membantu anda memahami Bahasa Pengaturcaraan yang lebih sukar seperti PHP, ASP dan JavaScript.
HTML ada singkatan daripada akronim Hyper Text Markup Language. HTML ditulis dalam text file dan ia merupakan bahasa pengaturaan yang tidak memerlukan kompiler untuk mengkompil. Ianya terus dapat dibaca oleh Web Browser.Oleh hal yang demikian, HTML boleh ditulis dengan menggunakan perisian yang paling ringkas iaitu Notepad.
Pengetahuan dalam bahasa HTML akan dapat memudahkan anda memahami sesuatu pengaturcaraan dan menjimatkan masa untuk anda mengubahsuai sesuatu laman web.
HTML Tags
HTML markup tags are usually called HTML tags
• HTML tags are keywords surrounded by angle brackets like>
• HTML tags normally come in pairs like and
• The first tag in a pair is the start tag, the second tag is the end tag
• Start and end tags are also called opening tags and closing tags
________________________________________
HTML Documents = Web Pages
• HTML documents describe web pages
• HTML documents contain HTML tags and plain text
• HTML documents are also called web pages
Label : Vista Wall | supercar | accessories | car body design | office property | Anime | woman |

NANOTEKNOLOGI/TEKNOLOGI NANO

0 comments


Dunia hari ini semakin maju dengan kecanggihan teknologi.Keadaan ini telah menyebabkan pelbagai peralatan baru dicipta untuk kemudahan manusia.Segala aktiviti harian manusia menjadi lebih mudah dan pantas separti telefon dimana manusia dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja diseluruh dunia dengan mudah dan cepat serta pada bila-bila masa.Keadaan ini secara langsung mendekatkan perhubungan sesama manusia.

Kini dunia melangkah lagi setapak kehadapan dengan kemajuan teknologi nano@ Nanoteknologi ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air.
Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
• satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
• dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
• tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.

Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan. •risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
•risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
•risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.

Kini negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat berlumba-lumba untuk memajukan bidang ini bagi menjadikan negara mereka lebih maju daripada negara lain dan segala kemajuan yang diperolehi dapat dinikmati oleh rakyat.
Label : Vista Wall | supercar | accessories | car body design | office property | Anime | woman |

Saturday, April 17, 2010

Kerjaya Saya Mampu mengubah Pengurusan Dunia

0 comments
Dunia sekarang semakin maju dengan teknologi yang dihasilkan oleh manusia untuk kemudahan dan kesenangan hidup.Umpamanya Kemajuan dalam teknologi pembangunan membolehkan pelbagai jenis bagunan yang pelbagai bentuk,saiz,dan ketinggian dapat dihasilkan seperti Menara Berkembar Petronas yang mana ia adalah satu mercutanda malaysia.
Namun begitu,ramai yang tidak sedar disebalik kesenangan yang telah kita kecapi hari ini telah mengundang banyak masalah kepada alam sekitar.Hal ini berlaku kerana prosese pembagunan tidak dirancang dengan teliti sebelum memulakan projek pembangunan,Umpamanya pihak pemaju yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan menimpa keatas kawasan tersebut disamping menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti dan tidak mengikut spesifikasi pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam pembinaan menyebabkan bangunan yang dibina tidak kukuh dan tidak selamat untuk didiamai.Disini kita boleh melihat peranan penggunaan teknologi pada sesuatu bangunan amat penting.Hal ini kerana melalui penggunaan teknologi yang yang sesuai dan canggih pada struktur bangunan menyebabkan bangunan akan bertahan dengan kukuh dan selamat untuk didiami.
Sistem teknologi pada bangunan memainkan peranan yang penting.Umpamanya sistem pencegahan kebakaran dalam bangunan yang mana ia memberi isyarat secara automatik bila berlaku kebakan dimana loceng akan berbunyi dan sistem semburan air secara automatik untuk memedamkan api.Selain itu,ia juga membolehkan bangunan seperti menara yang tinggi dan pelbagai bentuk serta selamat digunakan dapat dibina.
Label : Vista Wall | supercar | accessories | car body design | office property | Anime | woman |