SELAMAT DATANG KE BLOG REG264-Introduction to Information Technology

Blog ini direka khas untuk subject REG264 .Semua tugasan saya perlu dimasukkan ke dalamnya untuk penilaian oleh Wan Burhanuddin iaitu pensyarah untuk subject ini.

Search This Blog

Saturday, April 17, 2010

Kerjaya Saya Mampu mengubah Pengurusan Dunia

Dunia sekarang semakin maju dengan teknologi yang dihasilkan oleh manusia untuk kemudahan dan kesenangan hidup.Umpamanya Kemajuan dalam teknologi pembangunan membolehkan pelbagai jenis bagunan yang pelbagai bentuk,saiz,dan ketinggian dapat dihasilkan seperti Menara Berkembar Petronas yang mana ia adalah satu mercutanda malaysia.
Namun begitu,ramai yang tidak sedar disebalik kesenangan yang telah kita kecapi hari ini telah mengundang banyak masalah kepada alam sekitar.Hal ini berlaku kerana prosese pembagunan tidak dirancang dengan teliti sebelum memulakan projek pembangunan,Umpamanya pihak pemaju yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan menimpa keatas kawasan tersebut disamping menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti dan tidak mengikut spesifikasi pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam pembinaan menyebabkan bangunan yang dibina tidak kukuh dan tidak selamat untuk didiamai.Disini kita boleh melihat peranan penggunaan teknologi pada sesuatu bangunan amat penting.Hal ini kerana melalui penggunaan teknologi yang yang sesuai dan canggih pada struktur bangunan menyebabkan bangunan akan bertahan dengan kukuh dan selamat untuk didiami.
Sistem teknologi pada bangunan memainkan peranan yang penting.Umpamanya sistem pencegahan kebakaran dalam bangunan yang mana ia memberi isyarat secara automatik bila berlaku kebakan dimana loceng akan berbunyi dan sistem semburan air secara automatik untuk memedamkan api.Selain itu,ia juga membolehkan bangunan seperti menara yang tinggi dan pelbagai bentuk serta selamat digunakan dapat dibina.
Label : Vista Wall | supercar | accessories | car body design | office property | Anime | woman |

No comments:

Post a Comment