SELAMAT DATANG KE BLOG REG264-Introduction to Information Technology

Blog ini direka khas untuk subject REG264 .Semua tugasan saya perlu dimasukkan ke dalamnya untuk penilaian oleh Wan Burhanuddin iaitu pensyarah untuk subject ini.

Search This Blog

Sunday, April 18, 2010

NANOTEKNOLOGI/TEKNOLOGI NANO



Dunia hari ini semakin maju dengan kecanggihan teknologi.Keadaan ini telah menyebabkan pelbagai peralatan baru dicipta untuk kemudahan manusia.Segala aktiviti harian manusia menjadi lebih mudah dan pantas separti telefon dimana manusia dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja diseluruh dunia dengan mudah dan cepat serta pada bila-bila masa.Keadaan ini secara langsung mendekatkan perhubungan sesama manusia.

Kini dunia melangkah lagi setapak kehadapan dengan kemajuan teknologi nano@ Nanoteknologi ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air.
Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
• satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
• dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
• tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.

Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan. •risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
•risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
•risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.

Kini negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat berlumba-lumba untuk memajukan bidang ini bagi menjadikan negara mereka lebih maju daripada negara lain dan segala kemajuan yang diperolehi dapat dinikmati oleh rakyat.
Label : Vista Wall | supercar | accessories | car body design | office property | Anime | woman |

No comments:

Post a Comment