SELAMAT DATANG KE BLOG REG264-Introduction to Information Technology

Blog ini direka khas untuk subject REG264 .Semua tugasan saya perlu dimasukkan ke dalamnya untuk penilaian oleh Wan Burhanuddin iaitu pensyarah untuk subject ini.

Search This Blog

Tuesday, February 23, 2010

KESIMPULAN DARIPADA PERUTUSAN NAIB CANSELOR

0 comments
Baru -baru ini Naib Canselor USM telah membuat satu perutusan apex.Perutusan ini berfokuskan kepada program apex dan kejayaan yang telah diraih oleh USM dalam bidang penyelidikan setaraf dengan USMsebagai universiti apex yang pertama dinegara ini.
Program apex merupakan satu tanggungjawab besar yang telah diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kepada USM.Dalam hal ini ,kita harus memandang serius tanggungjawab yang di berikan dan tidak boleh berlengah-lengah dalam mengambil tindakan dan peluang yang ada .Tempoh dua tahun setengah telah diberikan kepada USM menjayakan program ini .Jika tidak dibuat bersungguh-sungguh kegagalan akan mengundang.Oleh itu,kita perlulah mengubah peraturan dan status qua yang sedia ada kerana ada sesetengahnya boleh menghalang kejayaan program ini.kata N.C.
Bagi menjayakan program ini kita perlu menangkis apa sahaja pandangan masyarakat luar yang tidak elok kepada USM seperti menarik balik Apex,tindakan disiplin ,tighten autonomy .padam muka.kata N.C.Kita juga tidak boleh berlengah lagi kerana proses transformasi bukanlah satu proses yang mudah ,tindakan segera perlulah dilakukan bagi mentransformasikan usm ini.kita perlulah mengambil langkah yang sesuai bagi mengubah persepsi masyarakat luar dan universiti lain berkaitan dengan agenda Apex iaitu Transformasi Tendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok .
Didalam perutusan ini beliau ada memberitahu kejayaan yang telah berjaya diraih oleh usm dalam penyelidikan seperti penyelidikan menghasilkan kologen yang halal dimana ia amat penting kepada umat islam .Selain itu,usm juga telah mendapat tawaran daripada Mekah untuk menjalankan penyelidikan tentang Kurma Ajwa ketika N.C berada di Mekah.
Setiap apa yang dilakukan sentiasa mempunyai cabaran dan halangan.Begitu juga bagi menjayakan program ini ,perlulah menhadapi dugaan dan cabaran tanpa memandang ke belakang.Hal ini bermakna,bagaimana kita usahakan ,begitulah hasil yang akan kita perolehi.janganlah sentiasa bergantung kepada pihak luar dan mengharapkan orang lain dalam mencapai dan menentukan hala tuju APEX .Oleh itu,semua pelajar perlulah bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak univarsiti untuk menjayakan program ini bagi memastikan kelestarian hari esok.
Label : Vista Wall | supercar | accessories | car body design | office property | Anime | woman |