SELAMAT DATANG KE BLOG REG264-Introduction to Information Technology

Blog ini direka khas untuk subject REG264 .Semua tugasan saya perlu dimasukkan ke dalamnya untuk penilaian oleh Wan Burhanuddin iaitu pensyarah untuk subject ini.

Search This Blog

Tuesday, March 2, 2010

TEKNOLOGI BANGUNAN

1 comments



Teknologi bangunan merupakan profesion saya di USM.Saya merasa gembira kerana mendapat ilmu pegetahuan di dalam bidang sains dan teknologi di dalam bangunan seperti sistem paip dalam bangunan,sistem kumbahan,sistem elektrik,sistem pencegahan kebakaran di dalam bangunan dan lain-lain lagi.
pada peringkat awal saya tidak meminati bidang ini kerana saya lebih minat kepada bidang pendidikan.Namun begitu ,pelajaran mesti diteruskan dan saya yakin masti ada hikmah disebalik bidang ini.Kita mesti sedar bahawa setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya.Setelah saya mempelajari bidan ini,kegembiraan telah muncul di dalam hati saya.Bidang ini telah membuka minda,dimana pada sebelum ini saya tidak mengetahui apakah sistem-sistem yang terdapat didalm bangunan sarta fungsi-fungsinya.Tambahan pula saya juga telah mengetahui teknik-teknik terbaru dalam pembinaan sesebuah bangunan disamping teknologi bahan dan penyelidikan terbaru.
Saya juga perlu mengetahui dan mengambil kira aspek berkaitan persekitaran terutamanya berkaitan pencemaran.Hal ini kerana,pembinaan bangunaan melibatkan penggunaan bahan-bahan seperti simen yang mana ia mengandungi bahan kimia yang boleh mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar jika tidak diuruskan dengan berhati-hati.Oleh itu,penggunaan bahan-bahan yang tidak akan mencemarkan alam sekitar amat penting dalam pembinaan sekarang.Kita juga mestilah mengetahui peranan kita sebagai manusia yang mesti bertanggungjawab kepada alam sekitar dan makhluk yang lain.
Oleh itu,teknologi bangunan merupakan perkara yang penting kepada kita dan semua manusia serta alam sekitar,kerana ia merupakan asas dalam membentuk atau menjadikan sesuatu.
Label : Vista Wall | supercar | accessories | car body design | office property | Anime | woman |